Pages

Saturday, January 29, 2011

Serius aku cakap. Jangan tengok kalau taknak cakap aku lucah.

Aku dah pesan awal-awal ni. Nanti cakap lucah apa pulak. Serius aku cakap. Kalau tak boleh terima video ni sila jangan tengok sebab aku dah pesan kan. Ha tengok tu. Jangan tu gatal nak tekan play tu. Haip! Haip! Jangan tekan. Sila jangan view. Aku letak kat blog aku saja-saja ja. Ikut hang la. Tapi jangan menyesal kalau hang tengok. Benda ni boleh hang loya. Tak percaya kan? Biar. Apa yang penting sila jangan tengok. Aku tau. Kalau ada dikalangan kamu yang tengok mesti penuh caci maki kat comment tu. TOLONG. Jangan kata aku pervert yang sebenarnya aku memang seorang yang pervert. Huahahaha. Tapi kalau kamu dah tengok aku ada alasan. Ini kerana aku bernasib baik sebab nama blog aku Benda Benda Bodoh Blog. Aku dah play safe kat situ. Eh? Play safe? Macam ada kena mengena ja dengan video ni. Para kalangan lelaki, aku tau korang akan berdekah bila tengok video ni. Dan kepada pembaca wanita, aku minta maaf ya. Huhahha. Apa-apa pun, aku nak mencabar korang supaya tak tekan video ni. Hahaha. AKU CABAR KORANG!





p/s: Bila hujan kaum laki suka buat apa? Perempuan pun. Suka buat apa?

Esok aku nak balik kampung. Untuk itu aku harap kamu semua boleh menyanyi bersama-sama dengan aku.

Wah! Wah! Kongsi pakcai! kongsi pakcai! Raya cina ma. Itu pasal la cuti. Lu olang ala dapat cuti ka? Kalau talak dapat itu bos lu kasi tumbuk idung dia la. Bak kata namewee, " kulang satu holiday kerna talak tahun balu cina". Ingat tak lagu tu? Kalau talak ingat lu punya pasal la. Wa manyak langsi. Wa gengster kongsi gelap la. Talak la layan lagu-lagu jiwang! Gua layan lagu ganas-ganas. Lagu taiko-taiko. Balu la langsi! Itu apa. Olang melayu kasi cakap, kerek! Hadduyai! Jangan lu ya pun nak melayan ini video. Menyanyi bersama-sama wa. Kalau lu talak kasi nyanyi sama-sama wa, wa potong lu punya kepala. Lu jangan main-main sama wa la pun. Ok. Nyanyi tau.


Apa? apa lu gelak-gelak? Lu mati ka? Ni lagu fevelet wa la. Kalau lu kasi gelak, nanti wa halo acai-acai wa pigi pukul sama lu. Jangan main gila!

p/s: Aku peminat tomok! Happy chinese new year 2011!

Thursday, January 27, 2011

Rambli Sarip marah dekat blog aku! Sedihnya


Entah bila tah dia marah aku. Aku pun tak tau. Tu la. Aku kesian jugak kat kamu semua. Asyik sangat kena tipu oleh tajuk-tajuk entry aku. Haih. Sedihnya. Camna nak buat untuk merawati kesedihan di hati ni. Kamu ada idea? Kalau takda takpa. Untuk itu, kamu dipaksa untuk menonton video ini. Video ini dibuat khas untuk memberitahu kamu semua yang aku menulis blog ni bukan kerana nama. Aku menulis blog ni dengan hati ikhlas suci. Bukan mengharapkan apa-apa pun dari kamu. Eh. Silap. Aku hanya mengharapkan perhatian dari kamu sahaja. Hahaha. Mengarut betul. Jadi apa ditunggu lagi? Bagi yang mempunyai kadaran internet yang slow diharap bersabar menunngu video ni load. Haha. Padan muka. Lain kali berlabur la sikit untuk internet yang laju. Kan dah susah. Layan sambil tutup telinga. Haha. Aku bajet macam aku ja yang menyanyi.









Wednesday, January 26, 2011

The Angry Traveller's Guide to Obscene Gestures


Dalam banyak sign ni, mana satu yang hang pernah guna?

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Setuju tak dengan pendapat aku tu? Setuju atau tidak? Kalau tak setuju mai sini. Aku tunjuk satu video. Huahahaha. Perempuan suka la tu kalau tengok video ni. Cepat mengaku cepat! Cepat!!


Ok. Aku cuba relatekan dengan tajuk entry kali ini. Lelaki ni mungkin boleh terbunuh oleh kerana sikap geram dan jeles malah iri hati terhadap mamat berlidah panjang ini. Membunuh tu tidak bermaksud tuan empunya lidah yang membunuh pihak lain, tetapi boleh menyebabkan tuan empunya lidah terbunuh. Setuju?

Baik! Lantak korang la nak setuju ke tak. Ok, sekarang kita lihat video yang kedua. Aku rasa ramai lelaki yang berminat dengan video ni. Aku pun taktau kenapa lelaki minat video ni. Ada siapa-siapa boleh jawab tak? 


Lidah yang sebegini juga boleh mengakibatkan kematian. Perempuan ini berkemungkinan akan di belasah dan terbunuh oleh ayah beliau yang memang tidak menyukai anak-anaknya mengpost video ke youtube lagi-lagi video tentang kehebatan generasi mereka yakni bermain lidah. Malah, orang-orang lelaki juga boleh terbunuh kerana berebut bagi mendapatkan "khidmat" lidah wanita ini. Err. Apa tu?

Wahai kaum lelaki. Kamu mesti suka kan gambar ni kan. kan. Haih. Apa nak jadi...



p/s: Tergigit lidah boleh diubat, tergigit cili pedas padahnya.

Monday, January 24, 2011

Penduduk Malaysia Berapa Orang Semua?

Tengah dok seronok garu peha aku yang gatal ni, terdengar dua orang member aku bertengkar pasal kapasiti penduduk di Malaysia ni. Bertengkar habis woo!! Abis naik kayu parang. Siap nak berperang. Yang sorang tu, cakap " penduduk Malaysia ni ada 2 juta orang lebih la." Yang sorang lagi tu " eh! 28 juta la". So! Yang mana satu betul? Aku dengar perlahan-lahan mencapai komputer riba aku dan terus mencari di enjin carian Google " penduduk malaysia 2010". Tup! Alamak! Alamak! Macam mana nak bagitau dorang ni. Dua-dua tu kawan aku. Kalau aku bagitau jawapan yang betol, mesti salah sorang tu iri hati bahkan kecil hati. Namun, orang yang hensem[ dalam kalangan beruk] macam aku ni, mesti la tahu cara yang berhemah, supaya kedua-dua pihak tak sakit hati mahupun sanggup menggadai maruah di Jalan Yang Kalsom. Nak tau macam mana? Tanya la aku. Takkan nak tanya Si Punak bin Nyak Usman pulak, atau Asmawi Ali pulak. Mesti la kena tanya aku. Jangan ASKJUD or Peteranswers pulak! Memang la kena! haha! Kena getah!

Dah, tu pasal si mangkuk yang bergaduh tu. Dah pun selesai. Yang kamu si pembaca ni, tahu tak berapa orang penduduk kat Malaysia ni? Kalau taktau sila berambus dari Malaysia sekarang juga! SEKARANG! [padahal aku pun baru ja tahu sebab google search!] Ambil la tahu sikit pasal negara ni. Hah? Apa? Tak minat politik? Apa kena mengena pulak ni? Lantak kau la Azmi!!

Yang pasal member yang cakap 2 juta tu. Pulau Pinang saja pun dah 1juta lebih. Apa cerita? Hehe. Dah! Meh kita renung-renungkan nombor-nombor ni. [KLIK]. Tapi 2010 tau. Dan kalau minat nak buat kerja-kerja macam ni, pi la kat [SINI]

p/s: pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas! cewah! pantun zaman sekolah la siak!

Aku nak jugak! Aku nak kena jugak! Bestnya!

Kalau pernah baca entry-entry yang lepas-lepas, aku memang sukakan kerja gila. Uih! Hang jangan kata orang gila ni memang kerja dia gila. Salah tu. Bak kata @redzuan kassim.. Alamak! Aku lupa.. Aku ingat ni facebook. Aku main tag ja la macam tu. Dia kata orang gila ni ada dua jenis. Jenis gila pertama dia gila dan memang dia gila dan sebenar-benarnya gila dan tak berakal. Dan jenis gila yang satu lagi, dia ni jenis gila, tapi dia gila yang melampau kepandaian nya, orang selalu cakap kan, wah! pandai gila dia tu. Kan. Kan. Pernah dengar kan ayat tu kan. Lebih kurang eloknya kalau kita panggil gila yang genius. Dan aku bukan terkandung dalam mana-mana pihak gila ni. Aku insan normal yang berlagak gila sahaja. [ padan muka! sapa suruh suka baca! kan dah baca apa yang aku mengarut!]

Kesian. Aku selalu ja layan teruk kat pembaca blog bodoh ni. Tak pernah nak tulis benda yang senonoh, yang menguji minda, yang berunsur ilmiah, yang tak menyiksa batin pembaca. Sorry ya. Sorry. Aku salah. Ya memang salah aku. Aku mengaku bersalah. Taknak maafkan aku ke? Taknak sudah! Bye!

Apa-apa pun jom kita tengok video ni. Best oo!! Aku teringin nak main binatang ni! Menguji semangat keberanian seseorang tu. Sesapa ada benda ni? Bak mai! Tembak aku sat!



p/s: Aku rasa aku dah jumpa geng! Haha.

Semakin hari semakin aku menyampah dengan BLOG TU!

Oi aku! Apahal pulak kau nak sampah-sampahkan blog orang. Biarlah dia. Dia tak kacau hidup kau pun! Ops!! Ops!! Apa pulak tak kacau. Tapi, aku sebagai manusia yang jugak suku keturunan kamu semua pembaca mesti sedarkan antara satu sama lain. Oi aku! Kau siapa nak sedarkan orang ni? Kau ustaz ke?

Tak! Aku bukan ustaz! Aku hanya manusia bodoh. Sebelum ni, aku ada terangkan sikit apa maksud bodoh bagi pandangan aku. Nak tau cari la. Aik? Aku!! Kenapa kau macam garang ni? PMS ke? Peluang Mas Sekali sahaja. So, ambil la peluang ni. [ apa kau mengarut setan]

Dah melalut nampak. Macam dah lari tajuk nampak. Biasa la. Aku.

Blog tu aku tengok, ish! buruk ja. Tapi followers ramai. Followers yang follow tu, memang betol-betol jadi pak turut. Mungkin sebab niat asal orang tu buat blog sebab nak follow si abdullah tu la kot. Haa!! ni lagi satu! Asal sebut Abdullah ja, hang fikir nama orang. Camni la mentaliti kita. Suka sangat menuduh! Aku round kot, setengah-setengah followers dia, abis dah macam taksub sangat dah dengan abdullah tu. Abis semua cerita pasal dia. Abis? pasal aku sapa nak cerita? Sapa?

Oi aku! Kau jeles ke? BPH la kalau aku nak jeles! Bukan jeles. Cuma jelik! Menyampah. Bukan dengan abdullah tu( aku tipu ja), tapi aku jelik dengan perangai pengikut-pengikut dia. Oi! Korang! Sedarla sikit! Ni, try translatekan maksud aku ni. " ambil 100 biji guli, satukan semua guli tu dengan dua tapak tangan, lepaskan guli tu!" [aku sendiri pun blur pasal guli ni, lagi-lagi kamu semua]

Blog si abdullah tu aku tengok, ish serius tak la best mana pun. Tak senonoh ja aku tengok blog tu. Tapi... Argh! Entah! Aku tak paham dengan kamu! Kamu! dan Kamu! Kenapa? Cuba bagi alasan dan jawapan kat aku kenapa? KENAPA kamu suka blog dia? Kenapa? Nak mengharapkan traffic? Kalau tu alasan hang, tolong la cari blog yang senonoh sikit. PLEASE! Aku merayu!

Kalau yang perempuan tu, aku tau la sebab apa. Sebab dia handsome dan gedang. Haha. Senang-senang ja kan aku jawabkan kan kan. Kalau yang lelaki tu sebab si lelaki tu gay la gamaknya, beserta tagline " saya gay saya ok!"

Tapi kan, tapi kan, aku masih ingat lagi soalan yang ditanyakan oleh seorang yang PRO! Soalan dia macam ni la lebih kurang. " What makes a leader? " err.. camtu la lebih kurang. Kalau kurang jangan marah, kalau lebih silalah marah! Hang tau jawapan dia? Hang? Kau? Kamu? U? Demo? Lu tahu? Entahlah. Aku pun tak tahu. Hahaha.. Kalau tau sila la jawab. Aku nak la jugak respon dari kamu pembaca blog bodoh aku. Haha.

Nasib baik aku dah mengantuk ni. Kalau tak, apa lagi la yang aku mengarut ni. Eh! Aku rasa macam kamu nak tau ja siapa si abdullah tu. Apa? Taknak tau pun? Oh ok. Bye!

P/S: Ada klu kat sini. cari.



Sunday, January 23, 2011

Tips Menjaga Alat Sulit.[ Untuk bacaan pondan sahaja]


Sememangnya kita manusia mempunyai alat sulit tersendiri. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Malah haiwan sendiri pun mempunyai alat sulat jugak. Aku jugak tidak terlepas dari mempunyai alat sulit. Aku tak boleh memberitahu apakah alatan sulit aku, saiz alat sulit aku, panjang mana ia. Kalau aku bagitau, tak sulit lagi la. Ya dak? Ok, meh sini aku nak tunjuk tips-tips menjaga alatan sulit kamu supaya lebih rapi dan selamat.

1. Jangan beritahu kawan,ibu bapa, suami, isteri, kucing mahupun sanak saudara kamu tentang alatan sulit kamu itu.

2. Simpan ia di tempat yang selamat sehinggakan kamu sendiri cari pun susah.

3. Walaupun alatan sulit kamu itu hanya sebuah tukul, tetap rahsiakan kewujudan ia dari jiran anda...

Wops.. wops!! Aku rasa aku dah mula melalut! Stop it!! Apa kejadah ni? Oh, aku lupa. Harap kamu pun lupa jugak. Scroll up balik. Cuba tengok apa yang terpampang besar-besar kaler biru tu? Apa eh? 

p/s: Lalalala. Tah apa-apa ja kan aku ni kan. Semakin hari semakin mengarut.

Anda Perlukan Khidmat Jurugambar? Saya sarankan beliau.

Sebelum-sebelum ni, aku tak pernah mewajibkan pembaca blog bodoh aku ni untuk membuat apa apa. Tapi, kali ni, aku nak wajibkan kepada semua pembaca blog ini untuk mengetahui malah mengenali seorang photographer ni. Ia bukan lagi sunat, mahupun harus, tapi ia sangat serius dan wajib! Entry ini sekali lagi aku ingatkan, ia bukan entry mengarut ataupun entry yang memaparkan kebodohan. Ia adalah entry yang betul-betul serius. Dan entry ini adalah entry yang paling serius yang aku pernah tulis. Jangan ingkar arahan aku. Sila jangan ingkar. Kalau tak, aku potong kepala aku sendiri. Jangan sampai kamu semua jadi penjenayah. Untuk makluman, beliau dan rakan-rakan juga mempunyai page kat facebook. Cakap apa saja event, beliau boleh. Untuk melihat hasil-hasil kerja beliau silalah ke http://codain.wordpress.com.

cilok sikit!

Jadi, para pengunjung sekalian, lawatlah laman beliau di http://codain.wordpress.com/. Kamu semua boleh dapatkan khidmat beliau sama ada videography mahupun photography. Jangan risau dengan hasil dan kualiti kerja beliau. Kerana ia bukan sesuatu yang perlu kamu risaukan. Jadi, kepada bakal-bakal pengantin, bakal kekasih, bakal jenazah mahupun bakal apa saja, hubungilah beliau. Pasti tak kecewa!

p/s: arwah baik orangnya. eh. maksud aku, Arwah bin ghomidi. Nama member lama aku.

Friday, January 21, 2011

Manusia! Sila Berambus! Binatang Nak Ambil Alih Kerjaya Engkorang!


Tak paham-paham lagi ke? Tengok la sekarang! Manusia dah ambil alih kerjaya binatang. Binatang pulak sekarang ni sibuk nak ambil kerjaya manusia. Habis? Mana tak nya? Hari-hari keluar berita pasal jenayah. Haih, jenayah, jenayah, jenayah.  Binatang pun buat jenayah(membunuh untuk makan) jugak, tapi jenayah binatang tak berakal ni tak sekejam jenayah manusia berakal. Entah apa-apa yang aku mengarut ni. Mari kita lihat satu video contoh binatang yang comel yang culture shock! Berangan nak jadi penari nak ganti Cikgu Linda Jasmine la tu.


Dan ni pulak contoh binatang yang ada angan-angan nak jadi penyanyi scremo. Harap-harap ada komposer tanah air berminat dengan bakat yang ada dengan binatang ni. Gaya dah ada. Cuma kena perbaiki picthing supaya sedap telinga mendengar.


Metal beb! Bukan calang- calang ayam ni. Boleh ketengahkan lagi bakat ayam ni. Aku menyeru kepada mana-mana pihak recording, sila jangan memandang enteng terhadap bakat ayam ni. Manakala ni pulak seekor lagi binatang yang berminat dengan muzik. Beliau mahu menjadi komposer kot. Dia tengah pikirkan chord apa yang sesuai. Meh, tengok. Comel jugak binatang ni.



p/s: tah apa-apa ja tajuk entry.

Tips Membesarkan PayungUdara



Suka la tu. Yang jantan tu suka la tu! Yang perempuan teruja la tu. Ada tips nak besarkan payung udara tu. Okeh! Meh la kita usha. Ini tips dia. Kepada para suami, anda boleh sarankan kepada isteri anda. Dan para isteri, err.. No komen. Tata...



p/s: Sorry. Lambat update. Awat aku rasa aku banyak post video ni?

Monday, January 17, 2011

Ahli Muzik Menjadi Monyet. GEMPAR!!

Sila lihat video untuk memahami apa yang penulis ingin sampaikan. Apabila kebosan melanda, maka terlahirlah segala kerja-kerja gila. Kenapa eh? Kenapa? Kenapa semua terjadi? Ataupun apabila stress melampau-lampau melanda juga akibat kepada perlambakkan kerja-kerja bodoh macam ni. Untuk pengetahuan, entry ini untuk esok, tapi aku tertekan publish la pulak sebelum sempat set autopost. CIS!


Apakah ini semua? Apakah motif ini semua? Kepada sesiapa yang mempertikaikan kebodohan atau kecelakaan video ini. Sila pertikaiankan kehendak naluri korang tu. Sila tanya diri korang. Kenapa singgah ke blog ini. Lagi satu, aku ingatkan, jangan pernah lupa nama blog ni. Kalau berpegang dengan nama blog ni, korang takkan sesekali argue dengan apa-apa entry aku. Sebab korang memang dah pilih dan itu jalan korang.

p/s: " Apa kau mengarut ni setan" cakap aku kepada aku bermonolog.

Kau Pelajar, Kau Kena Kreatif



Entry kali ni, mengisahkan tentang kepandaian otak boleh membawa kebaikkan dan keburukkan. Adakalanya juga sampai tak masuk akal. Sebab tu aku anggap aku ni bodoh. Sebab apa? Kau takkan pernah pandai sebab kau sentiasa belajar. Hanya orang yang berhenti belajar ja pandai. Tapi bagi aku tak pernah ada orang berhenti belajar. Sebab, tiap-tiap hari kita dalam proses pembelajaran. Tak percaya? Aku pun tak pernah percaya dengan kata-kata aku. Inikan kamu nak percaya kata-kata aku. Aku cakap banyak pun takdak guna. Baik hampa tengok video ni. Kalau dak hampa tak paham. Dah. Tengok!


Sungguh kreatif kan. Inilah yang dikatakan dengan penggunaan kongsep 3R. Iaitu Reduce, Reuse, Recycle. Tak salah kan? Kan? Kalau salah sorry la. Korang pernah jangka tak yang akhirnya pili dan botol akan ada kaitan akhirnya?

p/s: Yes! I'm Kedahan!

Sunday, January 16, 2011

Yes!!! Blog Aku Dapat Kelulusan Sirim!

Buat apa hurai, cakap, taip panjang-panjang kalau gambar pun dah cukup memberi maksud dan pemahaman untuk entry kali ini. So, aku tinggalkan kamu dengan gambar ini untuk kamu berfikir. Salam.

Thanks Kutiey for the gambar.

Wahai follower BBB! Terima kasih.


Alhamdulillah. Setelah berpenat lelah mencari rezeki, akhirnya aku terkejut dengan kehadiran follower yang begitu memberansangkan. Oh.. aku terasa sangat teransang ni. Oh.. Untuk entry ni, aku nak buat satu video khas untuk kamu semua yang sudi menjadi pengikut blog bodoh aku ni. Kan aku dah pesan dah kan, nampak tak binatang yang nyorok-nyorok ka tepi bawah kiri tu. "jangan follow nanti menyesal". Harap-harap kamu menyesal la eh! Untuk pengetahuan kamu, apa yang berlaku dalam video ni adalah spontan dan tiada sebarang perancangan. So, kamu kalau nak tahu silalah view. Kalau tak view kamu tak tau apa yang terjadi.




Eh, aku macam terdengar sesuatu ja tadi. Masa aku sedang bercakap-cakap, aku rasa aku macam ada tersebut nama blogger terkenal. Siapa tu? Eh. En Ben Ashaari. Wah. Blogger yang orang cakap tuhan grafik tu ea? eh. silap! Traffic!! Haha. Gempak la lu brader!! Pakai bomoh ea? Huahaha. Alamak! Nanti kena carut kat blog dia mati aku. Haha. Alamak! Nanti fans Ben marah aku. Tak pasal ja. Sorry!

Berbalik kepada penghargaan, berjuta, trillion dan berlion-lion lagi aku ucapkan terima kasiiiihhhhhh kepada pembaca-pembaca, penglihat-penglihat, panglima-panglima, abang-abang, kakak-kakak, awek-awek, dan kepada yang hanya batuk ditangga juga mahupun sekadar melukut ditepi gantang.

p/s: Buka minda jangan jadi sempit!

Thursday, January 13, 2011

Touchscreen Guitar! Best Tak?



Gitar tanpa string, stylo oo.. Boleh buat macam-macam effect pulak tu! Meh tengok demo dia. Bukan demo lani. Tapi demontrasi. Tapi bukan tunjuk perasaan. Lantak lah!





Betul la orang cakap. Dunia sekarang ni, nak apa semua kat hujung jari. Sampai gitar pun dah jadi macam ni dah. Haih. Nanti apa pulak? Kereta? Katil? Nasi Lemak? Semua jadi touch screen!! Stylo gak tu kan. Nak makan sentuh ja. Pastu rasa kenyang. Memang sempoi laaa!

p/s: Nak tengok lebih-lebih kamu tekan la kat sini. Malas nak cerita panjang-panjang.

Opss!! Tapi apa masalah gitar ni pulak? Bagi aku gitar ni bermasalah. Kamu rasa?

Stop blogging

untuk kesejahteraan semua. aku mintak maaf kepada semua. serabut gila. takdak mood. bye. aku sayang semua follower aku.

Wednesday, January 12, 2011

Aku Rasa Dia Ni Gempak! Kau Rasa?

Video-video ni sempena Guitar Rig Hero Contest. Di sini aku letak video peserta contest ni. Aku sangat teruja dengan Mamat Jayme ni. [FAKK!! time aku tulis kat sini aku tercabut charger laptop aku! terpadam!!] Ok. Meh kita sambung cerita. Eh, sebenarnya dah habis cerita dah. Jom kita tengok video ni.



Hebat tak? Dia berbakat kan? Semua benda dia boleh buat. Salute!! Hehe. Tak syak lagi kenapa dia boleh menang kontest terbabit. Manakala Mamat ni pulak, memenangi tempat kedua. Dia ni, takkan la kamu tak kenal? Mamat bermuka sial. Sorry bro!


Tangan dia laju-laju tu nak pergi mana tah!! Haih. Cuba la main pelan-pelan. Hohoho. Nampak sopan sikit ya dak?

Biasalah manusia. Semua manusia berbakat! Ada tu bakat dia pandai menyakat orang. Bakat jugak tu. Mat Rempit pun satu bakat jugak kan? Cuma aku tak jumpa lagi apa bakat aku. Kalau la ada mesin pencungkil bakat ada, kan best. Bayangkan mesin tu macam mesin timbang berat kat mall-mall yang kita biasa nampak. Agak-agak panjang tak orang beratur? Kamu!! Kalau diberi pilihan untuk pilih bakat, bakat apa yang kamu nak? Haha. Aku yakin ramai daripada kamu memilih untuk mempunyai bakat menyanyi, berlakon, dan apa yang menjadikan orang tu popular. Tapi kalau aku, aku nak bakat genius dalam semua hal kat dunia ni termasuk akhirat! Wah! Tinggi kan cita-cita. Sebab tu perkataan kalau tu orang tak sarankan guna. Memang manusia takkan puas! Setuju?

Ok lah. Kesian pulak aku tengok kamu dah penat membaca tulisan bodoh aku ni. Dah penat nak tunggu video-video tu streaming, ni nak kena baca pulak kan. Kesian-kesian-kesian! Ciau!

p/s: " Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubahkannya sendiri". Kalau salah tolong betulkan:)

Tuesday, January 11, 2011

Lagu Feveret Aku! Korang pulak?

Sebagai seorang manusia yang hidup di zaman yang serba canggih ni, korang mesti ada citarasa dalam memilih lagu kegemaran korang. Dan aku sangat pasti yang korang mesti ada lagu kegemaran. Cuma sedar dan tak sedar ja. Kadang-kadang ada orang tu dia cakap dia taktau dia punya lagu kegemaran. Padahal kat mulut selalu ja menyanyi " ikan kekek mak iloi-iloi. Ikan gelama mak ilai - ilai..". Cuma dia tak sedar ataupun dia ego untuk mengaku yang itu lagu feveret dia. Ataupun dia malu dengan pemilihan lagu kegemarannya itu.

Meh sini, aku nak ajak korang tahu lagu feveret aku. Ok. Korang kenal mamat ni tak? Aku ingat lagi masa kemunculan mamat ni. Masa form 5 ada sorang kawan aku bagi link. Suruh tengok. Fuyoh.. Sedap lagu ni. Mulanya aku ingat tu versi original. Rupanya ada lagi pelopor asal untuk lagu tu. Nak tahu silalah Google sebab aku taknak menghabiskan masa aku. Hahaha. Lepas dari situ, banyak la mamat-mamat lain nak turut serta cover lagu ni. Biasa la. Bila dah ramai sangat benda tu jadi tak seronok. Haha.. Betol tak? Ya la.. Cuba bayangkan korang ada baju belang-belang hijau oren. Korang ingat die rare la. Tup- tup pergi Pekan Alor Gajah tengok semua abang-abang kat situ pun pakai baju yang sama. Pendek kata memang sama sangat-sangat la. Cuma rupa ja yang lain. Seronok tak agak-agak?? Kalau kamu tu seorang yang sukakan alunan muzik boria mungkin kamu tak kisah.( mengarut!! sila refer tajuk blog aku).

Orait! Takut juga penulisan aku jadi panjang. Oleh itu apa kata kita lihat video ni. Jom kita layan.


Aku suka sebab pemuzik dia sangat kreatif. Dia combinekan semua style yang. Bagi aku la lagu ni versatile. Aku taktau la apa korang rasa. Rasa nak mati ke, rasa limau ais ke, rasa sayang ke, rasberi ke, aku tak kisah pun. Janji aku dah bagitau salah satu lagu feveret aku. Untuk lagu dengan sentuhan lain korang boleh tengok sini, sini. Dan pandai-pandai lah korang.

Sini pulak aku nak tunjuk satu iklan kat Thailand. Mungkin ramai dah tengok. Kalau dah tengok pergi la mati!! Hahaha.. Emosi pulak aku. Hehe. Sorry ye. Aku bukan bermaksud selain memang sangat bermaksud untuk itu. Iklan ni mengadaptasikan lagu ni


Ok dah. Itu saja. Abang, akak.. alaa.. senyum la sikit. Haa.. kan comel tu. Nah. Mmmuuaahh.. Kiss sikit :)

p/s: ayat aku macam gay tak?

Sedap! Anak Dara Memang Sedap!!

Setuju atau tidak dengan pendapat aku? Yang laki tu memang la setuju. Pantang sebut dara, setuju aja dia. Ye ke tidak? Yang perempuan tu jangan terasa pulak. Hehe. Ops!! Nak terasa apa pulak kan? Ok, untuk entry kali ini, aku nak berbicara tentang dara. Mungkin ramai sudah umum tentang dara ni. Dara yang aku nak cerita ni bukan dara perempuan. Tapi dara pokok. Pelik? Jangan buat-buat pelik la. Pernah dengar tentang kelapa yang mempunyai dara? Trang tang-tang kot!

Camna terjadinya kelapa dara ini? Seperti yang kita tau, dara maksud kasarnya belum diganggu. Maksudnya terpelihara. Dan kelapa adalah sejenis pokok yang lazimya tumbuh di pinggiran laut. Manakala minyak adalah bendalir yang digunakan untuk tujuan pelincir, buang angin, bahan pembakar dan pelbagai kegunaan lagi. Namun berbeza pula dengan kelapa dara.

"Kenapa dipanggil Kelapa Dara. Untuk menghasilkan minyak kelapa dara, prosesnya bukan sukar. Kelapa yang dimesin tidak dimasak. Hanya direndam didalam ayer dalam bekas beberapa hari sehingga timbul minyak dipermukaan ayer dan dari situ minyak diasingkan dan ditapis dari bendasing. Maka jadilah Minyak Kelapa Dara." [Sumber]

Nah! Selama ini aku ingat kelapa dara ni sejenis kelapa yang tidak pernah menyentuh tanah. Maksud aku, kelapa yang dipetik dari atas pokok. Ceh. Rupanya camni proses penghasilan kelapa dara ni. Tinggi jugak imaginasi aku kan sampai fikir macam tu. Dah tahu kan camna proses penghasilan dia, ringkas ja aku bagi. Tu pun aku petik dari blog Capten. Tapi? Apa pulak dia punya khasiat? Adakah berfungsi untuk memulihkan dara dan teruna yang sudah hilang? Atau juga untuk menjadi nama sesorang itu dara. Contohnya Jamu Mak Dara?? Ataupun apa- apa lagi yang terlintas dihati kamu?


Ok, aku nak bagitau sikit tentang kelebihan Kelapa Dara ni. Antaranya,
1. Mengurangkan penyakit jantung
2. Anda merangsang metabolisme
3. Menyokong fungsi thyroid
4. Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal
5. Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa
6. Errr.. Tahu lagi ke? silalah ke KelapaDaraBest.

Jadi, kepada yang berpenyakit tu, contohnya Resdung, Tiroid, Kulit Kepada Menggelupas, Penyakit Kulit, Masalah Gemuk, dan lain- lain lagi, cubalah. Orang kata lebih baik ithtiar daripada tak buat apa-apa. Ya dak? Jadi, kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, silalah ke halaman blog ini ya:) Kalau tak berpenyakit pun apa salahnya simpan satu kat rumah. Untuk kegunaan ketika kecemasan.


p/s: Aku dah order dah!

Monday, January 10, 2011

Apa Masalah KAU SETAN!!!









korang tengok apa si bangsat ni buat.






video dipetik dari RAGAMDUNIA. Sebelum ni pun aku ada post pasal kekejaman terhadap kucing. Sila lihat kekejaman wanita terhadap kucing.

PANAS BEB!!!

Korang tengok la apa si bangsat ni buat? apa masalah sebenarnya kucing tu kat dorang? apa masalahnya? Aku tak boleh nak cakapa apa dah. Marah ni.. Marah.

p/s: orang ni juga berkemungkinan tidak takut membunuh manusia juga. F**K!

Lupa- Nazmi Raja Lawak 5





Eh! Aku lupa la. Kenapa aku post pasal Nazmi ni. Eh, lupa nak bagitau yang aku ni hensem. Alamak!! Lupa la pulak. Eh. Apa yang yang aku lupa ni? Memang aku pelupa ke? Macam mana rupa pelupa ni? Ke rongga pulpa ni? Apa ni? Kenapa aku lupa ni? Arghhh... Nak marah ni! Lupanyaaa...


p/s: Melayu mudah lupa. India? Cina? Omputih? Mudah ingat?

Sunday, January 9, 2011

Artis Yang Bakal Menjuarai AJL 25, 2011














Ya! Inilah artis dia. Nama singer adalah Idris dan nama guitaris tu adalah Hadi. Mereka bakal membawakan lagu Anak Engkau Siapa Jangan Lupa Ucapkan Selamat Tengah Hari Kepada Dia. Ya, itulah resepinya. Tajuk lagu yang panjang ada kunci untuk kemenangan sesuatu lagu. Kerana apa? kerana ia dapat menarik minat pendengar pendengar. Dan diantara sebab tajuk lagu ini panjang adalah:

1. Supaya pendengar bersusah payah menghafal tajuk lagu ini.
Apabila pendengar bersusah payah menghafal secara tak langsung mereka akan menghafal lagu ini kerana tajuk lagu itu juga adalah lirik lagunya.

2. Memberi nilai komersial yang tinggi terhadap lagu itu.
Ya, tajuk yang panjang menunjukkan kesungguhan, dedikasi, ketekunan komposer terhadap lagu tersebut.

3. Menambahkan lagi keunikkan lagu
Zaman sekarang yang serba moden, manusia amat suka sekali kepada benda-benda yang unik ini termasuk lagu yang unik dan pelik

4. Memberi rasa gerun terhadap pesaing.
Selalunya, manusia akan takut terhadap benda-benda yang besar, panjang. Jadi apabila tajuk lagu itu dihiperbolakan, ia akan menambahkan rasa gerun

Sebenarnya panjang lagi elobrasinya. Tetapi cukuplah tips itu. Nanti bagi banyak-banyak nanti banyak pula muncul komposer baru yang berani melawan tokey. Bahaya.


p/s: Semoga berjaya wahai artis-artis yang bertanding. Rindu nak tengok rehearsal AJL. Huhu

Dia


Dia hanya tahu dia ada dia
Dia sangka dia bertahta di hati dia
Dia hanya sedar yang dia mempunyai dia
Dia salah anggap terhadap dia

Mungkin pendedahan itu yang dia dapat
Mungkin dia tak membuka mata mendalami si dia
Mungkin jodoh tiada antara dia
Mungkin dia tidak mencuba meyakinkan dia

Sebenarnya dia tiada dia
Sebenarnya dia sangat menyukai dia
Sebenarnya dia sedar yang dia menyukai dia
Sebenarnya dia salah anggap terhadap dia

Dia kena tahu tiap-tiap malam mulut dia menyebut nama dia
Dia kena tahu dia sangat menyanjungi dia
Dia kena tahu dialah pemberi semangat untuk si dia
Dia kena tahu semua itu dari si dia

Tapi, mungkin si dia terlalu pemalu
Tapi. mungkin si dia takut untuk melangkah kebih jauh
Tapi, mungkin si dia takot akan perkataan kedua
Tapi, mungkin si dia melepaskan peluang itu.

Dia harapakan si dia memahami isi hati si dia ini
Dia tak reti bercakap terus terangan terhadap si dia
Dia tak nak berharap tinggi sangat
Dia tetap akan berharap




p/s: Kalau korang nak mempertikaikan kata-kata aku ni, sila rujuk balik tajuk blog aku. Thanks

Saturday, January 8, 2011

Kau dah femes kau lupa aku! Camni la! Tapi aku rindu kau jantan!!



Ya. Aku gay. Sebab apa? Merindu seorang lelaki aka jantan. Dia pernah menjadi penyeri aku dulu. Dia buat aku rindu kat dia sangat-sangat. Sebab apa? Sebab aku suka gomol-gomol dia. Dia pun suka sondol-sondol aku. Best. Dia gebu. Hensem sangat. Geram sangat kat dia. Walaupun dia sombong ngan aku, tapi aku tetap nak dia. Dari dia kecik tau aku hidup dengan dia. Walaupun dia tak suka tidur dengan aku, aku selalu paksa dia. Dia ramai peminat. Mungkin sebab dia handsome dan suka jual mahal kot. Susah nak dekat dengan dia. Kena pandai pujuk. Pujuk dengan makanan. Dia ni jenis moody. Noti pun dia jugak. Suka keluar malam tak balik-balik. Sampai kena cari. Entah pergi mana tah. Clubbing kot. Cari betina lain kot. Auww!! Jeles aku tau.

Hmm.. Korang mesti nak tau kan sapa yang aku rindu ni kan? Betol ni tau? Kalau taknak tau sila beredar dari sini sekarang. Orang kata angkat kaki. Hehe. Tak la.. jangan la blah.. baca la dulu. Argh!! Rindu sangat kat dia. Apa tah nak buat. Tak tahan rasa rindu. Meh kita tengok gambar dia meh.

Opss!! korang jangan salah paham pulak. Takkan la aku nak rindu mamat ni pulak. Sorry kalau korang tertipu. Hihihi. Ok-ok. Aku serius ni. Ni budak yang aku rindu sangat-sangat tu. Mamat gebu wangi yang aku rindu-rindu sangat-sangat tu.

Ya. Inilah budaknya. Comei kan. Rindu gila kat dia. Nak tengok tak perjalanan hidup si Robert Neckie ni? Oh.. Lupa nak bagitau nama dia.. Nama dia Robert Neckie Putra. Haha.. Cam nama orang kan, kan. Boleh refer dekat facebook dia. Hehe. Kucing pun ada facebook kan. Kalau korang pernah tengok dekat Tubelawak, si Ander tu pernah cover pasal si neckie ni. Pasal video die gigit tuan dia tu. Ok, mari kita lihat perkembangan hidup si Neckie ni, start dari dia kecik sampai la dia besar.







Aku melakukan penderaan terhadap si kecik neckie ni.. hahhaa.. Awat muka aku macam gemuk ni?



Ini la tuan [klik] dia. Haha. Tuan dia cakap nak tumpang glemer jugak, so aku letak la jugak gambar dia dengan tuan dia. Hehehe.. Jangan marah la noh Kutiey.

Ok, tu gambar-gambar time die masih kecik lagi. Ni pulak gambar-gambar dia time dia dah besar sikit dah. Dah besar dah pandai dah cari betina. Hahaha..






Oh, sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak letak. Tapi memandangkan keadaan internet yang tak mengizinkan ditambah lagi keadaan uzur internet korang tu, memang la tak dapat. Nah, ni pulak aku nak tunjuk video si binatang kucing ni. Dia tak suka kalau orang menyanyi tak sedap dan bising-bising. Hahaha.. tengok la..


Tapi kan, sejak akhir-akhir ni, tuan die cerita kat aku dia dah kena satu penyakit. Paru-paru berair. Tu la. Asyik keluar malam-malam sangat. Berembun kat luar. Kan dah kena. Haih.. Kesian. Apa-apa pun, aku doakan hang selamat wahai neckie.. Sedih tengok berpenyakit. Macam penyakit hang ada kan..

Sebab aku sedih, dia dah berpindah dah. dah takdak dah dekat dengan aku. Sedih siot!


p/s: Si kecik Neckie ni panggil aku Pak Su!

Aku Sang Amatur


Haih. Aku masih lagi belom sempat nak melayan kunjungan- kunjungan blogger-blogger yang bertandang ke blog aku. Aduuhh.. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab aku agak bz. Tapi jangan risau. Aku akan melawat jugak cuma cepat dan lambat ja. Sabar ya. Dan terima kasih jugak kepada sesiapa yang menekan butang follower tu. aku sangat-sangat menghargai kalian. Aku bukan sombong atau apa. Tapi buat masa sekarang ni, aku sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang aku ada. Harap jangan ada yang terasa. Please.

Masa ni, tengah aku godek-godek laptop member aku, si Kutiey [ nanti aku nak review sikit pasal mamat ni] ni, aku terjumpa video lama aku. Aku ada edit video ni. Haha.. Time muda-muda memang menyeronokkan. Explore benda-benda. Hehe. Tapi yang malangnya.. Kalau korang nak tengok muka aku tak mandi, boleh la tengok video ni. Serabai habis. Dah macam rupa bai dah.. hihihi.. Aku dok bajet comei apa tah dok gelak "hihihi" ni? Sapa nak pelangkung kepala aku? Mai cepat!! SAPA CEPAT DIA DAPAT!! Hahaha..


itu sahaja. Bosan sudah! haha. Untuk kesempatan ni, aku nak mohon maaf lagi sekali kepada yang pernah singgah disini. Haih hang ni. Asyik mintak maaf ja. Macam orang nak mati ja. Mesti la kan. Kita taktau pun bila kita nak mati kan? kan? SAPA TAU TARIK BULU KETIAK CEPAT!!!

p/s: Siapa suka pergi ke Jalan Yang Kalsom??

Monday, January 3, 2011

Ada apa di Jalan Yang Kalsom

Ya! Inidia update terbaru dari aku. Dah lama aku tak update. Lupa nak pesan yang blog aku ni menyepi untuk seketika. Sorry ya kawan-kawan. Ok, kali ni aku nak bawak kawan-kawan semua jalan-jalan kat Ipoh. Nak? Taknak sudah! haha. Meh kita tengok gambar-gambar ni.









Anda kenal dorang ni? Mungkin ni akak-akak korang? eh? akak? err.. cantik kan dorang ni? taste tak? Hohoho.. Tengok gambar yang number 4! Siap tunjuk simbol best lagi. Jadi, bila korang datang ke Ipoh, jangan lupa melawat Jalan Yang Kalsom. Promise kat aku yang korang akan datang melawat sini, pleasee.....


p/s: cantik tau mak~~